Tetiba arini aku dikejutkan dengan satu berita yang amat mengejutkan lagi mengejutkan sehingga aku terkejut bangun dari tido tanpa orang kejutkan..padahal semalam lagi dah rasa terkejut sebab kluar berita yang mengejutkan di berita utama..arini baru betul2 terkejut sebab kuar lak kat paper..memang sesuatu yang mengejutkan..aishhhh..
MySpace

Sapela yang tak terkejut kalo dah kolej sendiri masuk berita..bekas kolej..huhuhu..dan paper..kalo berita yang ekstrem lagi berharga takpe gak ni berita ekstrem yang tersangat la susah aku nak terima..aku bukan apa cuma terasa gak sebab bekas kolej kan..bukan aku nak kutuk sesape tapi gagasan mahasiswa yang bertindak membuat demonstrasi kerana kenaikan kadar peratus yuran kepada 50% amatla memberi kesan yang mendalam pada aku dan pastinya pada semua yang sama batch dengan aku jugak..
Picture
Sebahagian daripada pelajar yang berdemonstrasi
Aishhhh..tak sangka sampai macam ni skali..dulu time aku takdela sampai camni sangat..dah tu..sekadar dalaman je takdela sampai nak masuk2 media ni..tapi takleh salahkan mereka juga sebab K*I* jugak kene main peranan..aku tak menyebelahi sesape tapi ternyata kedua2 belah pihak silalah cari jalan penyelesaian secepat mungkin secara aman dan bijaksana..terkesima aku sekjap bila dapat tau ada sebahagian pelajar yang telah diterima untuk praktikal tapi digugurkan permohanan kerana isu sebegini..wahai rakan2 adik2 sekalian..tak kasihan kah anda kepada mereka2 ni..kerana sikap dan tindakan anda yang terlalu ikutkan perasaan mereka semua turut terbabit..tak boleh ke anda berfikir dengan lebih panjang apakah tindakan anda ini akan membawa kepada kebaikan atau kepada kemudaratan..mungkin ada kebaikkannya tapi anda tak nampak mudaratnya akibat dari sikap anda yang terlalu mengikut perasaan..
Picture
Kalau tak dapat fikir..carilah ketenangan..
Lagipun korang wujudkan gagasan sebegini dan membuat bantahan secara media anda tak terfikir ke kepada graduan2 yang bakal memulakan kerjaya mereka..kalau yang sedang nak mulakan praktikal pun sudah digugurkan permohonannya apatah lagi kami2 graduan ni yang masih mencari kerja..anda tak fikir ke semua tu..akibat dari tindakan anda semua telah memberi imej yang buruk kepada institusi pengajian sendiri..satu bahana media ni ia memberi pengaruh yang kuat..tidakkah terlintas difikiran anda sume gagasan mahasiswa bahawa imej yang anda telah berikan ini membuatkan syarikat2 pekerjaan diluar sana lebih berhati2 untuk memilih graduan dari K*I* sekarang..

fikir2kanla ya wahai kalian..kalian juga ke sana dengan satu tujuan bukan..untuk belajar demi memenuhi cita2 sendiri dan keluarga..kita membawa harapan keluarga apabila menjejaki masuk ke institusi pengajian dan menyinarkan harapan itu dengan segulung diploma /ijazah..betul..ada sesetengah dari anda datang dari keluarga yang kurang berkemampuan..itu tidak dinafikan tetapi bukan begini caranya menyelesaikan sesuatu yang belum pasti betul tindakannya..saya graduan dari kolej tersebut pun pernah mengalami masalah yang sama tapi setiap masalah ada jalannya..alhamdulillah kini dah bergelar graduan pun..berkat usaha dan doa ibu bapa yang paling penting..selebihnya tak perlu la dititik beratkan sangat sehingga ianya melibatkan saudara/saudari kita yang lain yang lansung tidak terlibat pun dengan demonstrasi yang anda semua lakukan..

apapun tahniah ya kepada kalian yang tersiar wajahnya dia kaca televisyen..mungkin itu yang anda mahukan sebenarnya..selepas ini jika membuat sesuatu keputusan nilai dengan teliti kesudahannya..paling penting janganla ianya berpihak kepada anda sekumpulan sahaja bahkan fikirkan juga kesannya kepada mereka2 yang tidak terlibat lansung yang lebih mementingkan pelajaran dari perkara remeh sebegini..maaf jika ada terkasar bahasa..kita sesama saudara biarla saling ingat mengingati agar hidup kita bersama diberkati..

Buat pihak pengurusan pula..sila ambil langkah progresif dengan kadar segera..carilah jalan penyelesaian yang boleh memenangkan kedua2 belah pihak..saya selaku graduan berasa agak malu juga apabila berita sebegini tersebar di media massa..kejayaan sesebuah institusi bergantung kepada pelajar dan tenaga pengajarnya jadi sila menitik beratkan kehendak2 mereka semana yang mampu..selagi kita mampu sama2 la usahakan..insyaAllah suatu hari nanti jika timbul lagi permasalahan yang baru kedua2 belah pihak mampu membuat keputusan yang penuh hikmah dan bijaksana..

P/S: terima kasih juga ya kerana telah menjadikan aku seorang yang sopan dan santun untuk post kali ni..huhuhu..bukan apa..aku pernah jadi pelajar aku tau camne susahnya menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar ni jadi korang2 sume pandai2 la ya..bak kata member FB aku

tiap- tiap hari lepas bangun pagi jangan tinggalkan otak atas katil..

tiap- tiap hari semasa keluar rumah jangan tinggalkan maruah tepi jalan..

pk-pkkan la ya..
sekian..



Leave a Reply.