Korang sume dah bese tengok traffic light kan?yang macam tiang bendera tu tu traffic light la tu..bagi yang masih taktau traffic light ni ada 3 warna ya..hijau..kuning ..merah..seperti yang korang penah belajar masa amik klas memandu dulu lampu ijau untuk jalan kan?berlari pun takpe sebenarnya.kuning tandanya sedia utk berhenti manakala merah patut berhenti..tapi yang herannya pemandu2 ni suka sangat lampu merah ni..taktau la nape..jom kita tengok pesal la gamaknya dengan diorang ni..ntah camne JPJ bagi lesen kat diorang pun taktau la..
MyEm0.Com

1.
Rasa seolah-olah warna merah pada lampu tu melambangkan simbol yang berbahaya jadi ia perlu dijauhi dengan segera..apa punya alasan la..habis kalo mak bapak buah ati korang tak bagi kawin dengan anak diorang sambil menghayunkan kad merah takkan korang nak rempuh gak..!!

2. Terkenangkan rumah sukan iaitu rumah merah ketika sukan tahunan sekolah rendah dan ketika itu mewakili rumah dalam acara lumba lari..jadi bila nampak je warna merah terus bersemangat nak lari..kete ditinggalkan camtu je beserta kunci so untungla kepada mereka2 yang berada di tempat kejadian..

3. Seorang pemandu seorang yang mabuk bila ternampak darah..jadi bila ternampak sesuatu yang seakan-akan darah maka ia perlu dihindari dengan segera biarpun tindakan tersebut boleh menyebabkan kemalangan yang mengeluarkan darah yang sebenar..

4. Seorang yang buta warna jadi mana diorang nak tau warna sebenar pada tiang lampu tu..warna merah nampak hijau..wana hijau nampak kelabu..oleh kerana mereka tak pernah belajar warna kelabu untuk apa jadi diorang akan pecut sejauh 500 meter kemudian menolak kereta hingga tiang lampu berikutnya..

5. Kerana terlalu asyik layan filem industan dalam kete..maklumla baru beli dvd player baru pasang kat kete..tu nak test power..disebabkan mengong yang keterlaluan diorang ni bawak kete tanpa tengok lampu isyarat apatah lagi pandang depan..tingkah laku musnah tul..

6. Merasakan warna merah tu sedap untuk dilanggar berbanding dengan warna2 lain..sedangkan lembu jantan pun nampak benda merah disondolnya apatah lagi orang2 jantan ni..lagi la disukanya..

7. Dah tak tahan sangat nak terkucil..mana taknya dari highway karak tahan sampai la ke KL mahunya tak cicir..alasan takut kene skodeng kalo buang air kat R&R..so dah tak pk apa dah pk nak cari jamban rumah jer..sesuai la dengan slogan rumahku syurgaku..jamban rumahku..keselesaanku..

8. Kene hambat dengan bini..mana taknya asyik balik lewat je mahu bini tak mengamuk..di hambatnya dengan sudip kuali..tak cukup dengan tu..suami lari dengan kete bini boleh pecut nek kete kancil dari blakang..bini lak juara 4 kali GP so kalo bawak slow memang nahas lerrrr..

9. Takut tak sempat tengok raja lawak..tu bawak kete cam pelesit..ingat lawak la tu bawak kete laju2 sambil langgar lampu merah..bila Pak Mail saman cakap nak bawak bini bersalin..padahal kat sebelah tu tong gas nitros..seat blakang sistem audio gergasi..pandai menipu ye...

10. Sebab time dah kat tengah2 tu lampu kuning dah ujung2 so nak taknak redah jela..takkan nak benti kat tengah2 tu..kang tak pasal2 kene bengap dengan drebar2 lain..kalo ada lembu pakcik kordi melintas time tu pun mungkin lembu tu akan cakap.."ko ni tak reti bawak kete ke..asbestos tol"..

So jangan ditanya lagi kenapa mangkuk2 jamban ni langgar lampu merah kerana sekarang kita dah tau kan..so janganla kita jugak terjebak dalam industri mangkuk jamban ni..bawak kete tu ikutla peraturan..kan senang..eksiden takde..polis pun takyah wat keje..yang penting nyawa kita terjamin..ingatlah orang2 tersayang..jadi berhati2 la di jalan raya dan lebuhraya persekutuan..tak lupa juga di woodlands checkpoint sebab banyak road block kat situ...


MyEm0.Com



Leave a Reply.

    Tetamu Ku ~sign plish~

    Nukilan Bisikan Hati (^_^)

    Selamat membaca semua..!! moga terhibur dan jika ada sebarang pertanyaan atau cadangan sila2..jgn malu nak habaq..!!

    Archives

    June 2010
    October 2009
    August 2009

    Categories

    All
    Cinta
    Info
    Member
    Pantun
    Rahsia
    Si Gadis
    Si Jejaka
    Tips
    Tips Beraya
    Tips Kecantikan

    RSS Feed


    ShoutMix chat widget