Hah..!!! seperti yang aku janjikan..aku akan buat spesel info untuk korang SI JEJAKA tapi bukan pasal kecantikan..tu nanti2 la..hahaha..korang ni..cam pompuan la nak cun..lek ah..kita macho sudah takyah make up2 sangat..aku nak cite satu benda yang paling penting untuk korang ni..iaitu seperti tajuk di atas..aku malas nak tulis balik..hahaha..besela..kita ni manusia kadang2 tertipu dengan mata kita sendiri sebab terpukau dengan luaran sesorang tu..so..korang2 SI JEJAKA tu sila beri PERHATIAN sepenuhnya pada info ini..korang perlu amik tindakan kalau boleh jauhkan diri terus dari SI GADIS yang berciri-ciri begini..!!!
MyEm0.Com
1. Wanita kategori liar..

Inilah jenis wanita yang sering dinasihati oleh mana-mana ibu korang untuk dijauhi..pada awalnya..perhubungan dengan SI GADIS sebegini sememangnya menyeronokan..bukan seronok apa..korang jangan pk lain..aku backhand kang..SI GADIS begini selalu melakukan sesuatu di luar jangkaan..sesuatu yang macam kita tak sangka la..cam men kayu tiga..men teng2..perasaan selalu mencuba sesuatu yang bagus..tapi sikap cuba-cubanya tidak wujud sempadan...kita teruja dengan kegilaannya tapi tak kita sedar..tersadung dalam masalah yang diciptanya..paham tak?adoiii..awat LAMPI nau korang ni..contoh cam dia buat hal dengan orang lain tetiba dia babitkan kita..contoh mudah bila dah termengandung [luar nikah] dia cakap la anak kandungan tu anak korang berdua..ada pompuan camni korang sekeh je..takyah pk 2 kali..kalau kesian tinggalkan je..tu seeloknya..sebab orang camni susah nak berubah..kalau korang kawin dengan dia pun tak mustahil korang kuar je pintu depan dia kuar pintu belakang..

2. Wanita si Bom jangka.

Wanita bersifat bom jangka seumpama emosi yang akan meletus tanpa apa-apa amaran ketika anda menjangka semuanya terkawal..memain la korang..silap2 korang jadi mangsa keadaan..dia kelihatan normal luarannya sehinggalah kita menjadi sasarannya..individu seperti ini bukan sahaja menjadi bom jangka dalam emosi kemarahan malah emosinya akan mengubah keputusan-keputusan penting..contohnya macam bila dia rasa nak putus dengan korang dia selamber jela putuskan..samala dengan kes nak kawin dah tapi last minit tak jadi..so jangan men2 dengan timing bom ni..men guli takpe..

3. Wanita si Gula-gula

SI GADIS muda seumpama gula-gula yang melihat kita sebagai pembimbingnya dan menyukai kewujudan kita..dalam keadaan ini kita seolah-olah bertindak seperti seorang yang mengajarnya untuk menjadi wanita idaman dan cuba mencipta kehidupan yang penuh kematangan untuknya..tapi hakikatnya kita sudah tertipu..!!!..tertipu woiii..!!! SI GADIS muda seumpama ini sebenarnya sedang menguji kuasa tarikan yang ada pada dirinya..kononya bajet cun la ni..bila dah bajet cun tu mula la prasan..bak kata orang petik jari 10 yang datang..tapi yang datang tu pun belum tentu orang..ntah gajah ke semut ke kita taktau..prasaan nau..!!! so beware ye wahai SI JEJAKA mana yang ada teman cun cam artis tu..kalau baik budi pekertinya alhamdulillah la..beruntung korang..

4. Wanita si Bintang

Wanita bersifat bintang kebiasaannya menjadikan pasangannya yakni korang wahai SI JEJAKA sebagai jalan untuk mempopularkan..mempromosikan atau menguntungkan dirinya semata-mata..lebih2 lagi jika dia mempunyai keinginan besar terhadap sesuatu yang jelas bukannya diri kita..contoh mudah harta dan duit korang..be careful ye wahai SI JEJAKA sekalian..kalau korang jumpa orang camni korang bagi dia eskem suh g men jauh2..bagi warning skali jangan kacau korang lagi..kalo degil gak korang gigit telinga dia..

5. Wanita si Penggapai.

SI GADIS penggapai mempunyai kedudukan kewangan lebih dari apa kita miliki dan dia menyukai keadaan demikian sebabnya ia memberi jaminan kepada dirinya sendiri je..nape dia suka..?? dia memilih pasangan yang bukan dalam kelompoknya agar ia memberinya ruang bergerak..kita menjadi sasaran jika matlamat kewangannya gagal..dan kita dilihat sebagai punca terbazir masanya sekadar untuk aktiviti bersama..dia cenderung mengatakan setiap usahanya adalah untuk kebahagian bersama...pandai diorang..agaknya dulu juara pidato peringkat kebangsaan kot..korang jangan mudah tertipu k..!!! hati2 kalau dapat SI GADIS yang berharta ni..

6. Wanita yang Tercedera.

Bukan tercedera apa..korang jangan lurus sangat..hubungan yang terjejas menjadikan SI GADIS dalam kategori ini tercedera emosinya sepanjang masa..kira frust menonggeng gila babeng la ni..kewujudan kita adalah kapal persinggahannya sementara baginya untuk memikirkan kesilapannya..apa yang terjadi..siapakah dia dan apa yang perlu dilakukannya..[cam dah sewel je] sepanjang kita menjadi pasangannya..kita mendengar segala kisah buruknya..kita akan menjadi pendengar setia kisah sedihnya semalam..hari ini dan esok..takde can korang nak lap u..lap u dengan dia..dia je conquer..dalam jangkaan kita kewujudannya untuk menyintai kita..tapi dia lebih memikirkan keadaan dirinya..setelah selesai..dia babai jela kat kita..tapi kesian kepada mereka ni..so kepada SI JEJAKA luar sana..janganla permainkan hati dan perasaan wanita..kasihani la mereka kerana hati dan emosi mereka lemah dan mudah terusik..
bagi yang sanggup menerimanya dan SI GADIS tercedera ini sudi didikla dia kembali dan jaga hatinya betul2..

ok wahai SI JEJAKA sekalin..semoga dengan adanya info ni dapat membantu korang buat pilihan yang betul dalam memilih pasangan hidup..apapun banyakkan berdoa agar kita ditemukan dengan SI GADIS yang baik dan solehah untuk menemani kita sepanjang hayat..aku pun doa2kan kebahagiaan korang..korang pun doa2kanla kebahagiaan aku ye..senang kata doakan kebahagiaan bersama..huhuhu..
MyEm0.Com



Leave a Reply.

    Tetamu Ku ~sign plish~

    Nukilan Bisikan Hati (^_^)

    Selamat membaca semua..!! moga terhibur dan jika ada sebarang pertanyaan atau cadangan sila2..jgn malu nak habaq..!!

    Archives

    June 2010
    October 2009
    August 2009

    Categories

    All
    Cinta
    Info
    Member
    Pantun
    Rahsia
    Si Gadis
    Si Jejaka
    Tips
    Tips Beraya
    Tips Kecantikan

    RSS Feed


    ShoutMix chat widget